Pages

Thursday, 3 January 2013

Always keep ur heart only to Allah S.W.T

Thursday, 3 January 2013
Dimulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Ketenangan pagi yang mendamaikan, kehangatan sinaran pagi mampu menambahkan kedamaian di jiwa..hangatnya jiwa ditambah dengan kasih sayang sesama manusianya :)...marilah kita beralih ke arah fitrah yang menuju Maha Penciptanya, namun manusia sering kali dikelilingi oleh banyak pengaruh yang membuatnya menyimpang menuju penyembahan lain..

Dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah bersabda, "setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kemudian orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi, Nasrani, atau Majusi".

Jika syaitan dari golongan manusia membiarkannya sendirian dan tidak mengotori fitrahnya, maka syaitan dari golongan jin (shayatin) tidak akan membiarkannya sendirian, kerana syaitan (iblis) telah bersumpah bahawa akan menyesatkan anak-anak keturunan Adam.

"Iblis berkata, 'Demi kekuasaanMu (Wahai Allah), aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali sebahagian hamba-hambaMu yang tersucikan," (Qs, Shad [38]:8282)

Syaitan telah diberi kekuatan untuk merasuk ke dalam hati-hati manusia sebagaimana dinyatakan dalam hadis shahih. "syaitan (iblis) merasuki manusia seperti darah yang mengalir melalui pembuluh-pembuluh nadi manusia, dan khuatir bahawa ia (iblis) dapat memasukkan beberapa kejahatan atau baginda SAW mengatakan sesuatu ke dalam dua sisi hati kamu"

Jika terganggu di fikiran atau hati akan bisikan syaitan pada diri, maka ajarkanlah doa untuk dijauhkan dari perkara ini pada mereka yang terdekat dan terutama pada diri sendiri.


“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan”




“Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”.
(Al-Mukminun :97-98)

No comments:

Post a Comment

world wide view © 2014